Wednesday, 8 August 2012

Siapa Betul - Siapa Salah?


     Siapakah yang betul? Jawapanya adalah mudah. Kitalah yang betul. Mengapakah kita merasa betul? Semua orang pasti merasa ia betul, jika tidak ia tidak akan bertindak dan melakukan apa yang apa yang ia telah dan ingin lakukan.
     Untuk melakukan sesuatu kita secara psikologikalnya harus mempunyai sebab dan alasan sebagai dorongan untuk kita melakukannya. 

     Jika anda dapat menangkap seorang pencuri, penjenayah atau sesiapa sahaja, pasti mereka mempunyai alasan mengapa melakukan perbuatan itu. Alasan mereka sebenarnya bukanlah dalih, tetapi itulah sebab yang mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut. Antara alasan mereka adalah seperti ‘orang itu yang mulakan dulu’, ‘ia tidak berlaku adil’, ‘aku kesempitan wang’, sekadar suka-suka’, 'tidak banyak pun' dan berbagai lagi. 

     Pernahkah anda meninggikan suara, mengeluh, tidak bersetuju atau membantah ibubapa anda? Adakah anda merasa telah telah tergolong dalam anak derhaka? Sudah pasti tidak bukan? Kenapa? Kerana anda mempunyai alasan mengapa anda melakukan perbuatan itu dan anda amat yakin bahawa anda adalah di pihak yang betul.



     Percayakah anda jika saya katakan bahawa didunia ini tiada yang betul dan tiada yang salah – ia semuanya bergantung kepada keaadaan. Lihatlah keadaan sekeliling anda, dunia ini sungguh tidak adil! Anda mempunyai lesen kenderaan dan membayar cukai jalan tetapi hak anda di sekat. Anda dipaksa memakai topi keledar, tali pinggang keledar, berhenti di lampu isyarat, perlu mendapat kelulusan JPJ untuk mengubah suai kendaraan anda dan berbagai-bagai lagi. Dalam perkara ini siapakah yang betul? Hak anda atau undang-undang?
     Pertikailah, berhujahlah, anda pasti mempunyai berbagai-bagai alasan dan sebab bahawa anda adalah betul. Tetapi bagaimana pula di pihak lain, adakah anda fikir mereka tidak mempunyai alasan bahawa mereka betul?

     Dewasa ini begitu ramai yang mempertikai dan mempertanyakan hak-hak kebebasan mereka. Mereka menggunakan pelbagai medium seperti Human Rights, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berbagai-bagai lagi untuk menyuarakan akan hak-hak mereka. Negara kita di bandingkan dengan undang-undang negara lain yang lebih liberal, longgar dan lebih bebas undang-undangnya. Hak berhimpun, hak bersuara, hak menyuarakan pendapat dan berbagai-bagai lagi.
     Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, pernahkah anda mempertanyakan kepada diri anda akan hak-hak orang lain? Saya tidak ingin memperdebatkan senario politik negara kita, saya hanya ingin membawa anda melihat beberapa gambaran didunia realiti kita hari ini.



     Manusia ini sungguh tidak adil! Mereka sanggup membunuh hidupan lain demi untuk kepentingan mereka. Mereka membunuh haiwan, tumbuhan dan merosakkan landskap bumi kerana kepentingan mereka. Hak-hak haiwan dan tumbuhan harus dibela. Perangai manusia tiada bezanya dengan haiwan seperti harimau,singa dan serigala yang membunuh untuk kepentingan diri sendiri.
     Benarkah manusia dan haiwan tersebut melakukan kesalahan? Jawapannya adalah bergantung kepada siapa diri anda. Jika anda adalah manusia, anda adalah di pihak yang benar. Tetapi jika anda adalah seekor ayam, itik dan lembu, anda mutlak yakin bahawa manusia adalah sungguh kejam dan jahat kerana membunuh golongan-golongan anda. Menarik bukan?



     Anda pernah melihat atau terlibat dalam perdebatan dan pentengkaran. Bagaimanakah kesudahan mereka? Siapakah yang betul dan siapakah yang menang? Kesudahan mereka adalah tidak berkesudahan. Kedua-dua belah pihak pasti akan merasa diri mereka benar dan lawan mereka salah. Dan akhiri mereka pasti dengan kedua-dua pihak tidak berpuas hati dan berbangga dangan hujah masing-masing.

     Anda suka menasihati orang? Jika ya saya nasihatkan anda lebih berhati-hati dan sentiasa menperbaiki method penyampaian anda. Apabila anda menasihati orang bermakna anda ingin menyatakan mereka salah dan anda betul. Menyatakan seseorang salah adalah sesuatu yang senang tetapi sukar untuk di terima oleh pihak lain. Anda akan berhadapan dengan dicemuh, dipulau, bertengkar dan berkesudahan dengan saling tidak puas hati.
     Anda mungkin berbangga apabila merasa anda betul, tetapi bagaimana jika seseorang menyatakan anda salah dan pemikiran anda adalah teruk. Begitulah orang lain rasai apabila anda menyatakan mereka salah.



     Ingatlah, janganlah anda terlalu merasa bahawa anda adalah di pihak yang betul kerana pihak lain juga mempunyai alasan dan sebab-sebab mengapa mereka merasa diri mereka betul. Bahkan mungkin alasan-alasan mereka jauh lebih kuat berbanding anda. Kerana itulah dapat kita lihat mengapa seseorang amat sukar untuk di nasihati, anak-anak tidak mahu mendengar kata-kata ibubapa, guru-guru gagal membetulkan murid-muridnya.
     Untuk memperbetulkan seseorang anda perlu melalui beberapa cara dari sudut psikologikal (mungkin kita akan bincangkan di lain masa), jika tidak anda bukan sahaja tidak mendapat apa yang anda inginkan, bahkan kehilangan lebih dari anda jangkakan.

     Fahamilah keadaan dan alasan orang lain sebelum anda merasa diri anda betul dan mereka salah kerana semua di antara kita merasa dirinya betul. TIADA YANG BETUL DAN SALAH – IANYA BERGANTUNG KEPADA KEADAAN!

4 comments:

  1. terima kasih atas ingatan... done follow you - Noob

    ReplyDelete
  2. haha..u r first fllow.thanks

    ReplyDelete
  3. Aku tak bersuka bercakap siapa betul siapa bersalah,tapi aku suka menyampaikan idea aku..boleh sahaja terima atau tidak..depend on person lah.

    Kerana manusia hidup(gaya pemikirannya) melalui pelbagai cetusan idea sama melalui kaedah pasif atau aktif..contoh..aku suka mengambil gaya kaedah provoke,sarkasm dan pelbagai kaedah KERAS yg lain dalam menyampaikan idea saya.

    Dunia ini berkembang dengan pelbagai kaedah,kita bersangka baik dan menerima pelbagai evolusi ini dengan minda yang terbuka.

    ReplyDelete
  4. Saya dulu juga menggemari sarcasm. Kerana ingin merasa hebat saya gemar menyindir dan mengkritik mereka yang berbeza dengan saya.
    Disebabkan hobi saya membaca, saya mempunyai banyak hujah, dalil dan fakta.

    Saya sering bertekak dalam fiqah, politik, rasional dan kelakuan seseorang terutama di internet. Tetapi malangnya ia terbawa-bawa ke dunia realiti tanpa disedari.

    Akibatnya saya sering bertekak, bermasam muka, hubungan menjadi renggang, terasa hati, x puas hati, menjadi emotional dan sensitif.

    Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak pernah berjaya mempengaruhi mereka.

    ReplyDelete